KATA ALUAN





              Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta`ala kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, saya berpeluang menurunkan sepatah dua kata-kata aluan kepada semua pengunjung laman web ini. Saya turut berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam pembangunan laman web ini.

                 Perpustakaan, seperti yang telah kita sedia maklum, merupakan gedung ilmu yang penting kerana ia menyediakan pelbagai sumber rujukan dalam pelbagai bidang bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Pihak Perpustakaan Desa Behor Mali sentiasa memberi tumpuan kepada usaha membangunkan koleksi bahan-bahan rujukannya dan juga memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada perpustakaan.

                 Sejarah telah menunjukkan bahawa pembangunan perpustakaan adalah selari dengan perkembangan sosial. Perpustakaan telah mula beroperasi pada tahun 2007. Pihak perpustakaan sentiasa berusaha menyediakan bahan-bahan rujukan yang terkini dan mencukupi bagi menampung bilangan pengguna yang semakin bertambah setiap tahun. Pada ketika ini, Perpustakaan telah memiliki pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, buku-buku dan risalah-risalah terkini serta kemudahan internet.

             Saya berharap agar kewujudan perpustakaan di kawasan ini akan memberi faedah kepada seluruh masyarakat dan pihak perpustakaan akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti serta menyediakan bahan-bahan rujukan yang terkini dan lengkap bagi menyokong perkembangan universiti ini.

Sekian. Terima Kasih.


dari PD BEHOR MALI

0 comments:

Post a Comment

Join la blog nie!