KAWASAN REAKREASI DAN PELANCONGAN






Jeti Kuala Sungai Baru
Jeti Kuala Sungai Baru, Simpang Empat merupakan jeti kedua bagi pendaratan ikan di Perlis dan juga jeti bagi pemancing untuk memancing di laut dalam. Kawasan Kuala Sungai Baru juga menjadi tumpuan penduduk Perlis untuk mendapatkan bekalan ikan segar yang murah yang boleh didapati dijual di gerai-gerai kecil di tepi jalan.


Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan



Padang Bola Sepak Rumput Sintetik
Terdapat juga padang bola sepak sintetik yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.



Kedai Makan Bihun Sup Bang Dan
Bagi penggemar bihun sup, Kedai Makan Bihun Sup Bang Dan yang teletak di medan Arked MARA Simpang Empat menyajikan bihun sup istimewa yang menjadi tarikan penduduk Perlis yang berkunjung di Simpang Empat Perlis.








Medan Selera Pekan Simpang Empat 
Bagi pengunjung yang hadir ke Simpang Empat jika berkunjung ke Medan Selera Simpang Empat, antara hidangan yang terbaik ialah bihun goreng kuah manis yang disediakan di salah satu gerai di dalam medan selera.


0 comments:

Post a Comment

Join la blog nie!