PENDIDIKAN

PENDIDIKAN



Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi Perlis.


          Sekolah ini mula ditubuhan pada tahun 1964 dengan nama Sekolah Menengah Simpang Empat. Jumlah pelajar pada ketika itu adalah 183 orang, dan terpaksa menumpang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Empat. Pengetua pertama dan juga pengasas sekolah ini ialah Encik Ismail Bin Sulaiman. Beliau dibantu oleh 10 orang guru. Pelajar-pelajar mula menggunakan bangunan sendiri di tapak sekarang mulai tahun 1966. 
             Kemudian namanya ditukar kepadan SMK Syed Saffi pada tahun 1967 bersempena nama Raja Perlis ketiga iaitu DYMM Almarhum Tunku Syed Saffi Ibni Almarhum Tunku Syed Alwi. Perasmian nama baru sekolah ini berlangsung pada 10 September 1967 dan dirasmikan oleh DYMM Almarhum Tunku Syed Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-4. 
               Sejak penubuhannya hingga kini, sekolah ini telah diterajui oleh 13 orang pengetua. Masing-masing telah mencurah bakti demi mendidik anak bangsa. Pelbagai perubahan dan kemajuan telah dicapai baik dari segi fizikal mahupun dalam bidang sektor kurikulum dan ko-kurikulum. Ramai anak didik lepasan sekolah ini yang sedang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta Negara.






Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis
       Sekolah Kebangsaaan Simpang Empat didirikan dalam tahun 1916 dikawasan Pejabat Pos Simpang Empat sekarang. Bumbung panjang beranjung menjulur ke jalanraya, beratap nipah, berdinding buluh gandas dan berlantai debu ianya dibina secara gotong royong. Antara orang yang menjadi pengasas kepada penibuhan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Tok Penghulu Mohamad Saad, Mat Jusuh Md Saman, Tok Abas, Tengku Saad, Tok talib dan Haji Ta. Guru Besar yang mentadbir Sekolah Kebangsaan Simpang Empat sekarang ialah Pn Hjh Haridah binti Abdul Razak. 





Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (PraSekolah) 
Antara pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di kawasan Simpang Empat ialah Tadika dan Taska KEMAS, Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Pra Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Empat, Tadika Islam An-Nida Simpang Empat, Tadika Perpaduan dan Tadika Islam (PASTI).









Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Empat Perlis
              Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Empat, Perlis ialah percantuman daripada 3 buah sekolah yang berasingan. Sekolah-sekolah tersebut ialah, Sekolah Hwa, Sekolah Chung Sin dan Sekolah Mon Chung. Perbelanjaan ketiga-tiga buah sekolah ini ditanggung oleh penduduk dalam kawasan Simpang Empat, ini telah menjadi tanggungan berat kepada penduduk di kawasan Simpang Empat. Oleh demikian, pada tahun 1952, Ahli-ahli lembaga Pengurus Ketiga-tiga sekolah bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mencantumkan ketiga-tiga buah sekolah ini. Ahli Lembaga Pengurusan ketiga-tiga buah sekolah dengan bantuan orang ramai tempatan telah berjaya membeli tapak sekolah seluas 5 relung dan mendirikan bangunan sekolah serta tempat penginapan guru. Nama sekolah ini telah ditetapkan sebagai Sekolah Hwa Keow. 
               Akhirnya pada tahun 1962, Pihak Lembaga Pengurus sekolah dinasihatkan pleh Yang Mulia Pengarah Pelajaran Perlis untuk menukar nama sekolah ini kepada SRJK© Simpang Empat Perlis.




Sekolah Menengah Agama Al-Islahiyah (Menengah)
               Selepas berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1945 M, penduduk tempatan di Kampung Behor Mali merasakan perlu ada sebuah tempat pengajian untuk penduduk tempatan khususnya untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai agama Islam. Atas kesedaran itulah maka sebuah jawatankuasa telah dibentuk dalam usaha untuk melahirkan sebuah pusat pengajian. Akhirnya dengan usaha jawatankuasa ini dan disokong penduduk tempatan maka lahirlah ' Pondok Islahiah' pada tahun 1364 H/1945M. Individu yang bertanggungjawab menyampaikan pengajaran di sini ialah Tuan Guru Haji Ismail Naim Bin Salim. Beberapa tahun kemudiannya, pondok ini telah mengalami pembaharuan. Selepas dipindahkan bangunannya ketapak yang ada sekarang ini pada tahun 1369H/1950 M, namanya juga telah ditukarkan kepada Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah dan sistem pendidikannya atau pengajianya juga turut berubah dari sistem pondok kepada sistem persekolah formal. Namun begitu, bentuk pengajian bercorakkan pondok ini masih dikekalkan hingga ke hari ini. Inilah satu-satunya pusat pengajian di Negeri Perlis yang masih melaksanakan dan mengamalkan sistem pengajian pondok. Pada awal penubuhannya ' Al- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah' berfungsi sebagai tempat pengajian berkonsepkan pondok kepada pelajar yang lebih menekankan kepada pendidikan berbentuk keagamaan khususnya. Disamping itu, berkongsi didalam satu kawasan yang sama juga, telah wujud dan kekal bersama-sama sistem pendidikan itu adalah rumah-rumah orang tua yang menempatkan lebih kurang 100 orang warga emas yang mengambil pilihan untuk tinggal disana bagi mendalami ilmu agama dan turut juga menjadi tenaga pengajar kepada pelajar di sekolah pondok berkenaan.
                   Biarpun berkongsi kawasan namun sistem pendidikan sedikit pun tidak terganggu dengan kehadiran warga emas, kerana kehadiran golongan tersebut juga menjadi tenaga pengajar secara tidak formal dan turut menjadi ibubapa kepada anak-anak pelajar pada waktu itu. Konsep kekeluargaan wujud secara tidak langsung dengan situasi sedemikian. Memandangkan pelajar yang belajar di Al'- Madrasah Al-Islahiah Al-Wataniah' terdiri juga daripada pelajar dari luar negeri seperti Thailand dan berjauhan dengan keluarga, justeru itu dikalangan pelajar tersebut mengambil peluang menumpang manja dengan warga emas berkenaan.
                 Sesuatu yang menarik dalam sistem pendidikan sekolah tersebut pada waktu itu, walaupun tanpa struktur kelengkapan dan kemudahan yang banyak namun masih mampu menarik minat ibubapa di sekitar mahupun luar negeri untuk menghantar anak-anak mengaji ilmu keagamaan pada waktu itu. Dari sudut ini, membuktikan kewibawaan tenaga pengajar ketika itu yang terdiri daripada ustaz dan ustazah yang punyai pendidikan dari berbagai sudut ilmu keagamaan.
            Al-Madarasah Al-Islahiah Al-Wataniyyah mengalami satu lagi perkembangan pada tahun 1988M iaitu dengan mendaftarkan madrasah ini di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. (rujukan : MAIPS.203 Jilid 6(9) 1985). Ini memberi erti bahawa pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis memberikan perhatian yang mencukupi terhadap sekolah ini. Ini terbukti dengan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Pada 17 Januari 1988, Madrasah ini mendaftar pula di bawah Jabatan Pendidikan Perlis dengan nombor Pendaftarannya JPPS/PPGS/5/2/4/11. Serentak dengan itu, namanya juga telah ditukarkan dari Al- Madrasah Al-Islahiyah Al-Wataniah kepada Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis. Sehingga kini, kedua-dua pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Jabatan Pendidikan Perlis memberikan perhatian yang baik.





Sekolah Rendah Agama Al-Islahiah 
                 Sekolah Rendah Agama Al-Islahiah telah bermula pada tahun 1980. Iaitu bersamaan dengan pembukaan Kem Genting Klang . Pada peringkat permulaan, SRA ini dikenali dengan Kelas Fardu Ain, pelajarnya hanya lima puluh orang, dan tenaga pengajarnya hanya dua orang, iaitu Ustaz Alius bin Rapee dan Ustazah Saodaah Binti Saani. Kedua - dua guru ini kemudiannya di terima dan dilantik oleh Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI)
                   Pada peringkat awal sekolah ini mengunakan bilik darjah sementara yang di buat di bawah bangunan rumah keluarga dan surau Ar-Rahman. Setiap pelajar dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 1.00 sebulan bagi membayar elaun kepada tenaga pengajar. Yang dipertua atau AJK Agama pasukan tentera telah dilantik untuk menguruskan perjalanan sekolah ini . Keadaan ini telah berjalan beberapa tahun. Dari masa kesemasa bilangan pelajar semakin meningkat dan bilik darjah semakin bertambah, guru juga di tambah untuk menampung keperluan pelajar
                      Pada tahun 1986, BAHEIS telah mengambil alih kelas ini dengan bilangan pelajarnya seramai 200 orang, dan guru seramai empat orang. Pada 15 ogos 1991, cadangan telah dikemukakan untuk menyerapkan sekolah ini kepada Sekolah Rendah Agama dalam Wilayah Persekutuan. Setelah mendapat persetujuan dari pihak JAWI, kelas ini ditukar dengan nama Sekolah Rendah Agama Al-Islahiah Kem Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur di bawah pentadbiran JAWI.
                    Tenaga pengajar telah ditambah kepada enam orang manakala pelajarnya seramai 250 orang , meliputi tahun satu hingga tahun enam. Pada masa yang sama kertas cadangan telah dikemukakan kepada pihak JAWI untuk mendapatkan bantuan membina bangunan sekolah di atas tanah milik angkatan tentera bersebelahan surau Ar-Rahman . Cadangan tersebut telah berjaya dan pada tahun 1998 terbinalah bangunan yang sedia ada sekarang dengan bilangan pelajarnya seramai 450 dan tenaga pengajarnya seramai 12 orang. Bangunan sekolah ini sekarang menempatkan kelas untuk Sekolah Rendah Agama sesi pagi & petang serta .


Sekolah Kebangsaan Bohor Mali
            Sekolah Kebangsaan Bohor Mali telah secara rasminya di buka pada 22 oktober 1966 oleh Yang Amat Berhormat Dato Sheikh Ahmad Bin Mohd Hashim : SPMP,PMP,PJN Menteri Besar Perlis. SK Bohor Mali terletak di Kilometer 6, Jalan Kangar ke Alor Star. Perjalanan dari Kangar ke SK Bohor Mali mengambil masa lebih kurang 15 minit. Pekan berhampiran ialah Simpang Empat. Keluasan kawasan sekolah ini dalam anggaran 2.4 hektar dan dikelilingi perkampungan serta sawah padi. Terletak dalam kawasan pertanian iaitu kawasan sawah padi yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk sekitar. 

0 comments:

Post a Comment

Join la blog nie!